KESALAHAN UMUM TATABAHASA
1.Kesalahan dalam Penggunaan Kata
ganti Diri
2.Kesalahan dalam Penggunaan Kata Bilangan
3.Kesalahan dalam Penjodoh Bilangan
4.Kesalahan dalam Kata
Sendi
5.Kesalahan dalam Kata Kerja
6.Kesalahan dalam Kata
Hubung
7.Kesalahan dalam Perbendaharaan Kata
8.Kesalahan dalam Penggunaan Hukum D-M
Kesalahan
Umum
TATABAHASA PENDAHULUAN
Bab ini membincangkan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan dalamtatabahasa Melayu supaya tiada lagi kesalahan yang
akan dilakukan pada masa akan datang.
Objektif Pada
akhir pelajaran ini, pelajar dapat mengenal pasti :
•Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri
•Kesalahan dalam Penggunaan Kata Bilangan
•Kesalahan dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan
•Kesalahan dalam Penggunaan Kata Sendi
•Kesalahan dalam Penggunaan Kata Kerja
•Kesalahan dalam Penggunaan Kata Hubung
•Kesalahan dari Segi Perbendaharaan Kata
•Kesalahan dari Segi Penggunaan Hukum D-M
KESALAHAN UMUM
TATABAHASA
KESALAHAN DALAM
PENGGUNAAN KATA GANTI DIRI
Kata
ganti diri ialah kata yang digunakan untuk merujuk diri orang tertentu iaitu
diriorang pertama, diri
orang kedua dan diri orang ketiga.
Contoh :
(a) kata ganti diri
orang pertama:
saya, aku, beta, daku, patik, kami, kita, dan hamba.
(b) Kata ganti diri
orang kedua : anda, engkau, awak, kamu, kalian, tuanku,dan dikau.
(c) Kata ganti diri orang ketiga : ia, dia,
mereka, baginda, beliau, dan -nya.Di antara kata-kata ganti diri ini, ada
yang membawa maksud tunggal (satu) dan ada yang membawa maksud jamak
(lebih daripada satu). Setiap kata ganti diri mempunyai tugas atau fungsi
yang berlainan.
Contoh Kesalahan.
Beliau ditangkap kerana mencuri. (salah)
Dia ditangkap kerana mencuri. (betul)
Analisis
:
Kata beliau hanya boleh digunakan khusus
untuk orang yang dihormatiseperti ibu bapa, guru,
pegawai, menteri dan sebagainya.
Contoh Kesalahan.
Mereka-mereka
adalah pelajar yang dedikasi. (salah)
Mereka
adalah pelajar yang dedikasi. (betul)
Analisis :
Kata ganti diri ketiga mereka
sudah menyatakan
pengertian jamak. Oleh itu tidak sesuai kata mereka dijamakkan lagi
menjadi mereka-mereka.
Contoh Kesalahan.
Kasut ini mahal. Ia diimport dari Perancis. (salah).
Kasut ini mahal. Kasut ini diimport dari Perancis. (betul)
atau
Kasut ini mahal kerana diimport dari Perancis. (betul)
Analisis :
Kata ganti diri
boleh digunakan hanya untuk manusia sahaja.
Contoh Kesalahan.
“Perlawanan petang ini penting untuk kami,”
kata jurulatih itu kepada pelatih-pelatih. (salah)
“Perlawanan petang ini penting untuk
kita,” kata jurulatih itu kepada pelatih-pelatih. (betul)
Analisis :
Kami
bererti “saya dan dia” apabila bercakap dengan
orang kedua. Orangyang
kita ajak bercakap tidak disertakan. Kita pula bererti “anda dengan saya”atau
“anda dengan kami”. Orang yang kita ajak bercakap disertakan.
KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KATA
BILANGAN
Kata bilangan ialah kata yang menjadi
penerang jumlah pada frasa nama.
Katabilangan digunakan
untuk menghitung sesuatu.
Kata
bilangan terbahagi kepada tujuh jenis iaitu :
(a)Kata bilangan tentu
seperti dua, tiga, seratus, seribu dan sebagainya.
(b)Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, segala, semua dan
sebagainya.
(c)Kata
bilangan pisahan seperti setiap dan tiap-tiap.
(d)Kata bilangan pecahan seperti suku, setengah, tiga perlima dansebagainya.
(e)Kata bilangan
himpunan seperti berbagai-bagai, berjenis-jenis, kedua-dua,berpuluh-puluh
dan sebagainya.
(f)Kata bilangan tingkat seperti pertama,
kedua,ketiga,keempat dansebagainya.
(g)Kata
bilangan tanya iaitu berapa.
Contoh Kesalahan.
Berbagai jenis
minuman terhidang di atas meja itu. (salah)
Berbagai-bagai(atau
Pelbagai) jenis minuman terhidang di atas meja itu.(betul)
Analisis :
Kata bilangan berbagai tidak
sempurna bentuknya. Gunakan berbagai-bagai atau pelbagai.
Contoh Kesalahan.
Setengahorang masih
tidak memahami Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu.(salah)
Setengah-setengah(atau
Sesetengah) orang masih tidak memahami Sistem EjaanRumi Bahasa Melayu. (betul)
Analisis :
Kata bilangan setengah
tidak boleh disingkatkan
kerana maknanya separuh atau seperdua.
KESALAHAN DALAM
PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN.
Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama
dengan kata bilanganuntuk kata nama atau benda konkrit. Walau bagaimanapun,
penjodoh bilangan tidakperlu digunakan
bersama-sama dengan kata bilangan yang tertentu seperti para,segala,
sekalian, semua, sebahagian, setengah, dan sebilangan. Penjodoh bilangan tidak
diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
Contoh Kesalahan
Atlit itu mempunyai
sebuah cita-cita untuk mendapat pingat emas. (salah)
Atlit itu mempunyai
cita-cita untuk mendapat pingat emas. (betul)
Analisis :
Penjodoh bilangan hanya boleh digunakan bersama-sama dengan kata
bilangan konkrit.
Contoh Kesalahan.
Setiap orang warga
negara perlu menunjukkan taat setia yang tidak berbelahbagi kepada negara.
(salah)
Setiap warga negara
perlu menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagikepada negara. (betul)
Analisis :
Penjodoh bilangan hanya boleh digunakan bersama-sama dengan kata
bilangan konkrit.
KESALAHAN DALAM PENGUNAAN KATA SENDI
Kata
sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi bertugasuntuk
menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam ayat. Contoh kata sendi ialah di, ke, dari,
pada, kepada, daripada, dalam, akan, bagi,untuk, hingga, sampai, seperti, oleh,
dengan, bagai, demi, tentang, sejak, terhadap,antara.
Contoh Kesalahan
Pertunjukan itu
dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan. (salah)
Pertunjukan itu
dibatalkan oleh sebab tidak mendapat kelulusan. (betul)
Analisis :
Kata
sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi.
Kata
kerana yang tergolong dalam kelas kata
hubung tidak bolehdiletakkan selepas kata sendi oleh.Jadi gunakan
frasa nama sebab.
Contoh Kesalahan.
Dia berlari daripada rumah
ke kedai. (salah)
Dia berlari dari rumah
ke kedai. (betul)
Analisis :
Kata sendi dari digunakan dalam hal yang ada hubungan dengan masa,tempat dan arah manakala kata sendi daripada
digunakan untuk hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan,
asal kejadian, benda abstrak,pertentangan dan menunjukkan keanggotaan.
Contoh Kesalahan.
Pinggan itu
dihempaskannya kepada lantai. (salah)
Pinggan itu
dihempaskannya ke lantai. (betul)
Analisis :
Kata
sendi ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit yang tidakbernyawa,
sementara kepada digunakan untuk benda bernyawa dan bendaabstrak kecuali masa.
KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KATA KERJA
Kata kerja transitif
ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerjayang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
Objeknya mestilah frasa nama.Semua kata kerja transitif dalam
ayat aktif tidak boleh tidak berawalan me.
Contoh Kesalahan.
Dia suka baca buku. (salah)
Dia suka membaca buku. (betul)
Ahmad tendang bola itu. (salah)
Ahmad
menendang bola itu. (betul)
Analisis :
Kata kerja transitif
yang berawalan me-,-ter-, atau ber-
tidak boleh
ditiadakanawalannya.
Contoh Kesalahan.
Dia menghadiahkan saya
sebentuk cincin. (salah)
Dia menghadiahi saya
sebentuk cincin. (betul)
Hakim menjatuhi hukuman
mati kepada penjahat itu. (salah)
Hakim menjatuhkan
hukuman mati kepada penjahat itu. (betul)
Hakim menjatuhi penjahat
itu hukuman mati. (betul)
Analisis :
Akhiran
-kan dan -i masing-masing digunakan untuk membentuk kata kerja transitif tetapi fungsi kedua-duanya berbeza sama sekali.
Akhiran -imenyatakan makna bahawa objek yang dikenai
perbuatan dengan kata kerjayang berakhiran -i itu tidak bergerak. Akhiran -kan
pula menyatakan bahawa objek yang dikenai
perbuatan dengan kata kerja yang berakhiran -kan itubergerak dari
tempatnya ke arah lain.
KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KATA
HUBUNG
Kata hubung ialah kata yang digunakan
untuk menghubungkan kata dengan kata,frasa dengan frasa, atau klausa dengan
klausa dalam ayat gabungan atau ayatpancangan. Contoh kata hubung ialah kerana, supaya, jika, kalau, asalkan,walaupun, sungguhpun, sambil, sebelum, semenjak, sampai, apabila, manakala,setelah,
dan, serta, lalu, tetapi, melainkan, dan kecuali.
Contoh Kesalahan:
Siti menangis bila mendengar
berita itu. (salah)
Siti menangis apabila mendengar
berita itu. (betul)
Analisis :
Kata bila merupakan kata
tanya. Gunakan kata hubung apabila.
Contoh Kesalahan.
Amerika
Syarikat merancang untuk menyerang Iraq sebab Iraq menyerangKuwait. (salah)
Amerika
Syarikat merancang untuk menyerang Iraq kerana Iraq menyerangKuwait. (betul)
Analisis :
Kata
sebab tergolong dalam kelas kata nama dan oleh itu tidak sepatutnyadigunakan sebagai kata hubung.
Kata hubung yang sesuai ialah kerana.Jika kata sebab hendak anda gunakan, maka kata itu perlu disertai
kata sendi oleh, lalu menjadi frasa sendi oleh sebab.
KESALAHAN DARI SEGI PERBENDAHARAAN KATA
Kesalahan
umum tatabahasa dari segi penggunaan kata biasanya terjadi keranakesalahan ejaan. Hal ini demikian kerana dalam
bahasa Melayu, ada beberapa katayang seakan-akan sama ejaannya tetapi mempunyai
makna yang berlainan. Selain itu, ada pula kata yang sesuai dan tepat digunakan
hanya dalam konteks ayat yang tertentu saja dengan berdasarkan makna kata
tersebut.Senarai Kata yang Sering Disalahgunakan Adakah dan
ApakahKedua-dua kata tersebut adalah kata tanya.Kata adakah digunakan untuk
mendapat jawapan ya atau tidak.Kata
apakah digunakan untuk mendapat jawapan nama binatang,
nama benda,keterangan tentang sesuatu (seperti sebab) dan untuk menanyakan
sesuatuyang tidak khusus.
Contoh :
a)Adakah
benar cerita Ahmad itu ?
b)Adakah
dia datang semalam ?
c)Adakah
betul jawapan itu ?
d)Adakah
saudara bermimpi ?
e)Apakah
binatang yang berleher panjang itu ?
f)Apakah
sebab berlakunya kegawatan ekonomi?
g)Apakah
judul buku yang baru kamu beli itu ?
AHLI DAN ANGGOTA
Kata ahli
bererti orang yang mahir atau faham benar dalam sesuatu bidang.( ahli
bahasa, ahli politik, dan lain-lain lagi)
Kata anggota pula
bererti bahagian tubuh dan orang yang masuk dalam sesuatu kumpulan atau
golongan.
Contoh :
a) Mereka sangat ahli dalam bidang
pembedahan.
b) Prof. Dr. Abdullah Hassan dan Prof. Dr. Nik
Safiah boleh digolongkansebagai ahli bahasa.
c) Anggota badanku lemah sekali hari ini.
d) Saya sudah menjadi anggota Persatuan Bulan
Sabit Merah.
BOLEH DAN DAPAT
Kata boleh lebih sesuai
digunakan dalam hubungan dengan keizinan.Kata dapat pula lebih sesuai
digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
Contoh :
a) Saya tidak boleh masuk ke stadium kerana
tiket sudah habis terjual.
b) Saya tidak dapat memanjat pokok kelapa itu
kerana pokok itu sangat tinggi.
c) Adik saya baru berumur lima belas tahun,
tetapi sudah dapatmemandu kereta.
d) Walaupun adik saya sudah dapat memandu
kereta, tetapi ia belumboleh memandu kereta di
jalan raya kerana lesen memandu hanyaboleh diberikan kepada orang yang
berumur sekurang-kurangnya lapan belas tahun.
e) Walaupun sudah tua, Pak Samad dapat mendaki
gunung Kinabalu itu.
f) Orang yang berumur lebih daripada
lima puluh lima tahun tidak bolehmenyertai pertandingan bola sepak itu.
IALAH DAN ADALAH
Penggunaan kata pemeri
ialah secara persamaan atau ekuatif hadir di hadapanfrasa nama.Penggunaan
kata pemeri adalah secara huraian atau kualitatif hadir di hadapanfrasa
adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh :
a) Bandar Shah Alam ialah ibu
negeri Selangor.
b) Abdullah Munsyi ialah pengarang buku Hikayat
Abdullah.
c) Berita yang dilaporkan oleh pegawai itu
adalah benar.
d) Hadiah yang disumbangkan oleh bank tempatan
itu adalah untukmurid yang cemerlang
dalam pelajaran.
GOLONG DAN GULUNG
Golong bererti membahagi-bahagi
dalam beberapa kumpulanGulung bererti barang yang berhelai-helai
atau berutas-utas yang berbentukpanjang bulat sebagai akibat digulung.
Contoh :
a) Sudah menjadi kebiasaan Pak Mat menggulung
rokok daun nipahsebelum tidur.
b) Golongan petani sering tertindas.
c) Mereka tergolong dalam orang yang
bernasib baik.
d) Tikar mengkuang itu digulungnya dengan
berhati-hati.
PENGAIRAN DAN PERAIRAN
Pengairan bererti
perihal mengairi kawasan pertanian.
Perairan bererti
laut yang termasuk dalam kawasan atau wilayah sesebuah negara.
Contoh :
a) Kapal
penyeludup itu tertangkap di perairan
Malaysia.
b) Sistem
pengairan yang baik perlu untuk meningkatkan hasil pertanian.
PEDALAMAN DAN PENDALAMAN
Pedalaman bererti
kawasan yang terpencil atau daerah yang jauh dari perhubungan
dan kemudahan.
Pendalaman bererti
usaha mendalami atau mendalamkan.
Contoh :
a) Pembangunan di kawasan pedalaman akan
dilaksanakan segera olehkerajaan.
b) Kebanyakan suku kaum asal negeri itu masih
tinggal di kawasanpedalaman.
c) Pendalaman ilmu dalam pelbagai bidang perlu
kita lakukan.
d) Pendalaman sungai Kelang perlu dilakukan
untuk mengelakkanberlakunya banjir.
TAFSIR
DAN TAKSIR
Tafsir atau tafsiran
bererti keterangan yang menjelas (ayat al-Qur’an),pengertian, pemahaman,
pendapat dan ulasan.
Taksir bererti nilaian
atau kiraan.
Contoh :
a) Penceramah itu membacakan ayat-ayat
al-Qur’an berserta dengantafsirnya sekali.
b) Tidak semua orang dapat menafsirkan
undang-undang.
c) Saya tersalah taksir sehingga buku itu saya
jual dengan harga yangmurah sekali.
d) Taksiran harta yang musnah dalam kebakaran
itu belum diketahui.
PENEMPATAN DAN PETEMPATAN
Penempatan bererti
perihal menempati atau menempatkan.
Petempatan bererti
kawasan yang menempatkan.
Contoh :
a) Penempatan orang-orang pelarian Bosnia
diurus oleh pihak ABIM.
b) Kawasan petempatan orang-orang Asli di Bukit
Lanjan akandibangunkan.
JEMPUT DAN UNDANG
Jemput bererti
perbuatan pergi menyambut.
Undang pula
bererti perbuatan memanggil atau mempersilakan orang menghadiri majlis,
perayaan, pertemuan dan sebagainya.
Contoh :
a)
Kami sekeluarga akan menjemput kakak di
lapangan terbang.
b) Saya akan mengundang teman-teman untuk makan
malam di rumahsaya.
c) Kad undangan perkahwinan saudara telah saya
terima.
d) Setiap hari Ani dijemput oleh
ayahnya dari sekolah.
RASMI DAN RESMI
Kata rasmi bererti
sesuatu yang telah disahkan oleh pihak yangbertanggungjawab.
Kata resmi pula
bererti sifat asal bagi sesuatu atau seseorang.
Contoh :
a)Bahasa
Melayu adalah bahasa rasmi negara kita.
b)Beliau akan merasmikanpelancaran kempen kebersihan
c)Sudah
menjadi resmi padi, makin tunduk makin berisi.
d)Sudah
menjadi resmi ayam, telur sebiji riuh sekampung.
BUKAN DAN TIDAK
Kata nafi bukan boleh
menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.Kata nafi tidak pula
ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh :
a)Encik Ali bukan bapanya.
b)Makanan
itu bukan untuk Abu tetapi untuk Aminah.
c)Kereta
api itu bukan dari Ipoh tetapi dari Gemas.
d)Bapanya tidak pergi
ke sawah hari ini.
e)Bandar
itu tidak besar sangat.
f)Buku-buku yang
kami terbitkan tidak mahal.
PADA DAN DI
Di digunakan untuk
tempat.
Pada digunakan untuk
masa, orang, binatang dan benda abstrak.
Contoh :
a)Pada waktu itu,
kehidupan amat sukar sekali.
b)Pelajar
itu mengikuti kursus kejuruteraan di Universiti Multimedia.
DALAM DAN DI DALAM
Perkataan dalam yang
berfungsi sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa
nama yang membawa pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau
jarak.
Di dalam membawa
pengertian mempunyai ruang atau jarak.
Contoh :
a)Kita
harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan.
b)Perkara
itu telah dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu.
c)Saya tidak terlibat
dalam urusan mereka.
d)Pengembara
itu sesat di dalam hutan.
e)Pen itu
disimpan di dalam laci.
f)Semua
peserta berkumpul di dalam dewan.
ANTARA DAN DI ANTARA
Perkataan antara yang
berfungsi sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa
nama yang membawa pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau
jarak.
Contoh :
a)Mereka
berbincang antara adik-beradik.
b)Perjanjian
antara kedua-dua buah negara itu sudah ditandatangani.
c)Tambak
Johor terletak di antara negeri Johor dengan Singapura.
d)Rumah
saya terletak di antara pejabat pos dengan balai polis.
KESALAHAN DARI SEGI
PENGUNAAN HUKUM D-M
Hukum D-M ialah hukum
atau peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat dengan mendahulukan unsur
yang diterangkan (D) dan mengemudiankan unsur yang menerangkan (M).
Kesalahan timbul apabila Hukum D-M dilanggar sewenang-wenangnya kerana
terpengaruh oleh susunan kata bahasa Inggeris.
Contoh:
a)lain-lain perkara
(salah)
b)perkara-perkara
lain (betul)
c)Ahmad
Restoran (salah)
d)Restoran Ahmad (betul)
e)cili sos (salah)
f)sos cili (betul)
g)mini bas
(salah)
h)bas mini (betul)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan