Jumaat, 19 Oktober 2012

upsrbm.tripod.com

TATABAHASA



KESALAHAN UMUM TATABAHASA

1.Kesalahan dalam Penggunaan Kata ganti Diri
2.Kesalahan dalam Penggunaan Kata Bilangan
3.Kesalahan dalam Penjodoh Bilangan
4.Kesalahan dalam Kata Sendi
5.Kesalahan dalam Kata Kerja
6.Kesalahan dalam Kata Hubung
7.Kesalahan dalam Perbendaharaan Kata
8.Kesalahan dalam Penggunaan Hukum D-M Kesalahan Umum

TATABAHASA PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan dalamtatabahasa Melayu supaya tiada lagi kesalahan yang akan dilakukan pada masa akan datang.

Objektif Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat mengenal pasti :

•Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri
•Kesalahan dalam Penggunaan Kata Bilangan
•Kesalahan dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan
•Kesalahan dalam Penggunaan Kata Sendi
•Kesalahan dalam Penggunaan Kata Kerja
•Kesalahan dalam Penggunaan Kata Hubung
•Kesalahan dari Segi Perbendaharaan Kata
•Kesalahan dari Segi Penggunaan Hukum D-M

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KATA GANTI DIRI 

Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk merujuk diri orang tertentu iaitu diriorang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga.

Contoh :

(a)  kata ganti diri orang pertama:
saya, aku, beta, daku, patik, kami, kita, dan hamba.

(b)  Kata ganti diri orang kedua : anda, engkau, awak, kamu, kalian, tuanku,dan dikau.

(c)   Kata ganti diri orang ketiga : ia, dia, mereka, baginda, beliau, dan -nya.Di antara kata-kata ganti diri ini, ada yang membawa maksud tunggal (satu) dan ada yang membawa maksud jamak (lebih daripada satu). Setiap kata ganti diri mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan.

Contoh Kesalahan.

Beliau ditangkap kerana mencuri. (salah)

Dia ditangkap kerana mencuri. (betul)


Analisis :

Kata beliau hanya boleh digunakan khusus 
untuk orang yang dihormatiseperti ibu bapa, guru, pegawai, menteri dan sebagainya.

Contoh Kesalahan.

Mereka-mereka adalah pelajar yang dedikasi. (salah)
Mereka adalah pelajar yang dedikasi. (betul)


Analisis :

Kata ganti diri ketiga mereka
sudah menyatakan pengertian jamak. Oleh itu tidak sesuai kata mereka dijamakkan lagi menjadi mereka-mereka.

Contoh Kesalahan.

Kasut ini mahal. Ia diimport dari Perancis. (salah).
Kasut ini mahal. Kasut ini diimport dari Perancis. (betul) atau
Kasut ini mahal kerana diimport dari Perancis. (betul)


Analisis :

Kata ganti diri boleh digunakan hanya untuk manusia sahaja.

Contoh Kesalahan.

“Perlawanan petang ini penting untuk kami,” kata jurulatih itu kepada pelatih-pelatih. (salah)

“Perlawanan petang ini penting untuk kita,” kata jurulatih itu kepada pelatih-pelatih. (betul)

Analisis :

Kami bererti “saya dan dia” apabila bercakap dengan orang kedua. Orangyang kita ajak bercakap tidak disertakan. Kita pula bererti “anda dengan saya”atau “anda dengan kami”. Orang yang kita ajak bercakap disertakan.

KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KATA BILANGAN

Kata bilangan ialah kata yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama.

Katabilangan digunakan untuk menghitung sesuatu.
Kata bilangan terbahagi kepada tujuh jenis iaitu :



(a)Kata bilangan tentu seperti dua, tiga, seratus, seribu dan sebagainya.

(b)Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, segala, semua dan sebagainya.

(c)Kata bilangan pisahan seperti setiap dan tiap-tiap.

(d)Kata bilangan pecahan seperti suku, setengah, tiga perlima dansebagainya.

(e)Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, berjenis-jenis, kedua-dua,berpuluh-puluh dan sebagainya.

(f)Kata bilangan tingkat seperti pertama,
kedua,ketiga,keempat dansebagainya.

(g)Kata bilangan tanya iaitu berapa.

Contoh Kesalahan.

Berbagai jenis minuman terhidang di atas meja itu. (salah)

Berbagai-bagai(atau Pelbagai) jenis minuman terhidang di atas meja itu.(betul)

Analisis :
Kata bilangan berbagai tidak sempurna bentuknya. Gunakan berbagai-bagai atau pelbagai.

Contoh Kesalahan.

Setengahorang masih tidak memahami Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu.(salah)

Setengah-setengah(atau Sesetengah) orang masih tidak memahami Sistem EjaanRumi Bahasa Melayu. (betul)

Analisis :
Kata bilangan setengah

tidak boleh disingkatkan kerana maknanya separuh atau seperdua.

KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN.

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilanganuntuk kata nama atau benda konkrit. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidakperlu digunakan bersama-sama dengan kata bilangan yang tertentu seperti para,segala, sekalian, semua, sebahagian, setengah, dan sebilangan. Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.


Contoh Kesalahan

Atlit itu mempunyai sebuah cita-cita untuk mendapat pingat emas. (salah)

Atlit itu mempunyai cita-cita untuk mendapat pingat emas. (betul)

Analisis :
Penjodoh bilangan hanya boleh digunakan bersama-sama dengan kata bilangan konkrit.


Contoh Kesalahan.
Setiap orang warga negara perlu menunjukkan taat setia yang tidak berbelahbagi kepada negara. (salah)

Setiap warga negara perlu menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagikepada negara. (betul)

Analisis :
Penjodoh bilangan hanya boleh digunakan bersama-sama dengan kata bilangan konkrit.






KESALAHAN DALAM PENGUNAAN KATA SENDI

Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi bertugasuntuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam ayat. Contoh kata sendi ialah di, ke, dari, pada, kepada, daripada, dalam, akan, bagi,untuk, hingga, sampai, seperti, oleh, dengan, bagai, demi, tentang, sejak, terhadap,antara.

Contoh Kesalahan

Pertunjukan itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan. (salah)
Pertunjukan itu dibatalkan oleh sebab tidak mendapat kelulusan. (betul)

Analisis :

Kata sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi. 
Kata kerana yang tergolong dalam kelas kata 
hubung tidak bolehdiletakkan selepas kata sendi oleh.Jadi gunakan frasa nama sebab.

Contoh Kesalahan.

Dia berlari daripada rumah ke kedai. (salah)
Dia berlari dari rumah ke kedai. (betul)

Analisis :

Kata sendi dari digunakan dalam hal yang ada hubungan dengan masa,tempat dan arah manakala kata sendi daripada digunakan untuk hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak,pertentangan dan menunjukkan keanggotaan.

Contoh Kesalahan.

Pinggan itu dihempaskannya kepada lantai. (salah)
Pinggan itu dihempaskannya ke lantai. (betul)

Analisis :
Kata sendi ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit yang tidakbernyawa, sementara kepada digunakan untuk benda bernyawa dan bendaabstrak kecuali masa.

KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KATA KERJA

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerjayang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat. Objeknya mestilah frasa nama.Semua kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan me.

Contoh Kesalahan.

Dia suka baca buku. (salah)

Dia suka membaca buku. (betul)

Ahmad tendang bola itu. (salah)

Ahmad menendang bola itu. (betul)

Analisis :
Kata kerja transitif yang berawalan me-,-ter-, atau ber-
tidak boleh ditiadakanawalannya.

Contoh Kesalahan.

Dia menghadiahkan saya sebentuk cincin. (salah)
Dia menghadiahi saya sebentuk cincin. (betul)
Hakim menjatuhi hukuman mati kepada penjahat itu. (salah)
Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada penjahat itu. (betul)
Hakim menjatuhi penjahat itu hukuman mati. (betul)

Analisis :

Akhiran -kan dan -i masing-masing digunakan untuk membentuk kata kerja transitif tetapi fungsi kedua-duanya berbeza sama sekali.
 Akhiran -imenyatakan makna bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan kata kerjayang berakhiran -i itu tidak bergerak. Akhiran -kan pula menyatakan bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan kata kerja yang berakhiran -kan itubergerak dari tempatnya ke arah lain.


KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KATA HUBUNG

Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata,frasa dengan frasa, atau klausa dengan klausa dalam ayat gabungan atau ayatpancangan. Contoh kata hubung ialah kerana, supaya, jika, kalau, asalkan,walaupun, sungguhpun, sambil, sebelum, semenjak, sampai, apabila, manakala,setelah, dan, serta, lalu, tetapi, melainkan, dan kecuali.

Contoh Kesalahan:

Siti menangis bila mendengar berita itu. (salah)
Siti menangis apabila mendengar berita itu. (betul)

Analisis :
Kata bila merupakan kata tanya. Gunakan kata hubung apabila.

Contoh Kesalahan.

Amerika Syarikat merancang untuk menyerang Iraq sebab Iraq menyerangKuwait. (salah)
Amerika Syarikat merancang untuk menyerang Iraq kerana Iraq menyerangKuwait. (betul)

Analisis :

Kata sebab tergolong dalam kelas kata nama dan oleh itu tidak sepatutnyadigunakan sebagai kata hubung. Kata hubung yang sesuai ialah kerana.Jika kata sebab hendak anda gunakan, maka kata itu perlu disertai kata sendi oleh, lalu menjadi frasa sendi oleh sebab.

KESALAHAN DARI SEGI PERBENDAHARAAN KATA

Kesalahan umum tatabahasa dari segi penggunaan kata biasanya terjadi keranakesalahan ejaan. Hal ini demikian kerana dalam bahasa Melayu, ada beberapa katayang seakan-akan sama ejaannya tetapi mempunyai makna yang berlainan. Selain itu, ada pula kata yang sesuai dan tepat digunakan hanya dalam konteks ayat yang tertentu saja dengan berdasarkan makna kata tersebut.Senarai Kata yang Sering Disalahgunakan Adakah dan ApakahKedua-dua kata tersebut adalah kata tanya.Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.Kata apakah digunakan untuk mendapat jawapan nama binatang, nama benda,keterangan tentang sesuatu (seperti sebab) dan untuk menanyakan sesuatuyang tidak khusus.


Contoh :

a)Adakah benar cerita Ahmad itu ?

b)Adakah dia datang semalam ?

c)Adakah betul jawapan itu ?

d)Adakah saudara bermimpi ?

e)Apakah binatang yang berleher panjang itu ?

f)Apakah sebab berlakunya kegawatan ekonomi?

g)Apakah judul buku yang baru kamu beli itu ?



AHLI DAN ANGGOTA

Kata ahli bererti orang yang mahir atau faham benar dalam sesuatu bidang.( ahli bahasa, ahli politik, dan lain-lain lagi)

Kata anggota pula bererti bahagian tubuh dan orang yang masuk dalam sesuatu kumpulan atau golongan.



Contoh :

a)    Mereka sangat ahli dalam bidang pembedahan.

b)    Prof. Dr. Abdullah Hassan dan Prof. Dr. Nik Safiah boleh digolongkansebagai ahli bahasa.

c)   Anggota badanku lemah sekali hari ini.

d)    Saya sudah menjadi anggota Persatuan Bulan Sabit Merah.

BOLEH DAN DAPAT

Kata boleh lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keizinan.Kata dapat pula lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.

Contoh :

a)    Saya tidak boleh masuk ke stadium kerana tiket sudah habis terjual.

b)    Saya tidak dapat memanjat pokok kelapa itu kerana pokok itu sangat tinggi.

c)    Adik saya baru berumur lima belas tahun, tetapi sudah dapatmemandu kereta.

d)    Walaupun adik saya sudah dapat memandu kereta, tetapi ia belumboleh memandu kereta di jalan raya kerana lesen memandu hanyaboleh diberikan kepada orang yang berumur sekurang-kurangnya lapan belas tahun.

e)    Walaupun sudah tua, Pak Samad dapat mendaki gunung Kinabalu itu.

f)     Orang yang berumur lebih daripada lima puluh lima tahun tidak bolehmenyertai pertandingan bola sepak itu.


IALAH DAN ADALAH

Penggunaan kata pemeri ialah secara persamaan atau ekuatif hadir di hadapanfrasa nama.Penggunaan kata pemeri adalah secara huraian atau kualitatif hadir di hadapanfrasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh :
a)    Bandar Shah Alam ialah ibu negeri Selangor.

b)    Abdullah Munsyi ialah pengarang buku Hikayat
Abdullah.

c)    Berita yang dilaporkan oleh pegawai itu adalah benar.

d)    Hadiah yang disumbangkan oleh bank tempatan itu adalah untukmurid yang cemerlang dalam pelajaran.

GOLONG DAN GULUNG

Golong bererti membahagi-bahagi dalam beberapa kumpulanGulung bererti barang yang berhelai-helai atau berutas-utas yang berbentukpanjang bulat sebagai akibat digulung.

Contoh :

a)    Sudah menjadi kebiasaan Pak Mat menggulung rokok daun nipahsebelum tidur.

b)   Golongan petani sering tertindas.

c)    Mereka tergolong dalam orang yang bernasib baik.

d)    Tikar mengkuang itu digulungnya dengan berhati-hati.

PENGAIRAN DAN PERAIRAN

Pengairan bererti perihal mengairi kawasan pertanian.
Perairan bererti laut yang termasuk dalam kawasan atau wilayah sesebuah negara.

Contoh :

a)    Kapal penyeludup itu tertangkap di perairan
Malaysia.

b)    Sistem pengairan yang baik perlu untuk meningkatkan hasil pertanian.


PEDALAMAN DAN PENDALAMAN

Pedalaman bererti kawasan yang terpencil atau daerah yang jauh dari perhubungan dan kemudahan.
Pendalaman bererti usaha mendalami atau mendalamkan.

Contoh :
a)    Pembangunan di kawasan pedalaman akan dilaksanakan segera olehkerajaan.

b)    Kebanyakan suku kaum asal negeri itu masih tinggal di kawasanpedalaman.

c)    Pendalaman ilmu dalam pelbagai bidang perlu kita lakukan.

d)    Pendalaman sungai Kelang perlu dilakukan untuk mengelakkanberlakunya banjir.

 TAFSIR  DAN TAKSIR

Tafsir atau tafsiran bererti keterangan yang menjelas (ayat al-Qur’an),pengertian, pemahaman, pendapat dan ulasan.
Taksir bererti nilaian atau kiraan.

Contoh :

a)    Penceramah itu membacakan ayat-ayat al-Qur’an berserta dengantafsirnya sekali.

b)    Tidak semua orang dapat menafsirkan undang-undang.

c)    Saya tersalah taksir sehingga buku itu saya jual dengan harga yangmurah sekali.

d)    Taksiran harta yang musnah dalam kebakaran itu belum diketahui.


PENEMPATAN DAN PETEMPATAN


Penempatan bererti perihal menempati atau menempatkan.
Petempatan bererti kawasan yang menempatkan.

Contoh :

a)    Penempatan orang-orang pelarian Bosnia diurus oleh pihak ABIM.

b)    Kawasan petempatan orang-orang Asli di Bukit Lanjan akandibangunkan.


JEMPUT DAN UNDANG

Jemput bererti perbuatan pergi menyambut.
Undang pula bererti perbuatan memanggil atau mempersilakan orang menghadiri majlis, perayaan, pertemuan dan sebagainya.


Contoh :

a)    Kami sekeluarga akan menjemput kakak di lapangan terbang.

b)    Saya akan mengundang teman-teman untuk makan malam di rumahsaya.

c)    Kad undangan perkahwinan saudara telah saya terima.

d)    Setiap hari Ani dijemput oleh ayahnya dari sekolah.


RASMI DAN RESMI

Kata rasmi bererti sesuatu yang telah disahkan oleh pihak yangbertanggungjawab.
Kata resmi pula bererti sifat asal bagi sesuatu atau seseorang.

Contoh :

a)Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara kita.

b)Beliau akan merasmikanpelancaran kempen kebersihan

c)Sudah menjadi resmi padi, makin tunduk makin berisi.

d)Sudah menjadi resmi ayam, telur sebiji riuh sekampung.



BUKAN DAN TIDAK

Kata nafi bukan boleh menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. 

Contoh :

a)Encik Ali bukan bapanya.

b)Makanan itu bukan untuk Abu tetapi untuk Aminah.

c)Kereta api itu bukan dari Ipoh tetapi dari Gemas.

d)Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini.

e)Bandar itu tidak besar sangat.

f)Buku-buku yang kami terbitkan tidak mahal.


PADA DAN DI

Di digunakan untuk tempat.
Pada digunakan untuk masa, orang, binatang dan benda abstrak.

Contoh :

a)Pada waktu itu, kehidupan amat sukar sekali.

b)Pelajar itu mengikuti kursus kejuruteraan di Universiti Multimedia.

DALAM DAN DI DALAM

Perkataan dalam yang berfungsi sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
Di dalam membawa pengertian mempunyai ruang atau jarak.

Contoh :

a)Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan.

b)Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu.

c)Saya tidak terlibat dalam urusan mereka.

d)Pengembara itu sesat di dalam hutan.

e)Pen itu disimpan di dalam laci.

f)Semua peserta berkumpul di dalam dewan.


ANTARA DAN DI ANTARA

Perkataan antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.

Contoh :
a)Mereka berbincang antara adik-beradik.

b)Perjanjian antara kedua-dua buah negara itu sudah ditandatangani.

c)Tambak Johor terletak di antara negeri Johor dengan Singapura.
d)Rumah saya terletak di antara pejabat pos dengan balai polis.


KESALAHAN DARI SEGI PENGUNAAN HUKUM D-M


Hukum D-M ialah hukum atau peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat dengan mendahulukan unsur yang diterangkan (D) dan mengemudiankan unsur yang menerangkan (M). Kesalahan timbul apabila Hukum D-M dilanggar sewenang-wenangnya kerana terpengaruh oleh susunan kata bahasa Inggeris.


Contoh:


a)lain-lain perkara (salah)

b)perkara-perkara lain (betul)

c)Ahmad Restoran (salah)

d)Restoran Ahmad (betul)

e)cili sos (salah)

f)sos cili (betul)

g)mini bas (salah)

h)bas mini (betul)